Sunday 23 July 2017

example of typing service

Assalamualaikum guys




Are you busy ?
Don't have any time ?
Do you need to submit yours assessments on time ?
Stress with a lot of work ?





We are here to help you to solve your problems !!!
You need us !
Need typing services ?

we are providing typing and printing services for you 

So today i would like to share with you about our services. We are providing printing and typing service. Only RM 0.50 per page 😇 If u think it is so expensive we will give you a discount but you need to show us your student card. We do this service because we know you guys don't have any time to do yours assessments. We able to do anything.  




  • Thesis
  • Assignment 
  • Resume
  • Paper work
  • Printing service 
  • And others 

  














thank you for choosing us 
 contact us if you are interesting !






Wednesday 28 September 2016

INTEGRASI KAUM DI MALAYSIA






Pengenalan 

Sebagai pendahuluan, Malaysia ialah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik ,ekonomi , tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak  terdapat kaum Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli .Intergasi pula membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempuntai latar belakang yang berbeza ,lalu menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui  identiti bersama kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat .

          
Malaysia seperti negara lain yang ingin mencapai kemajuan dan negara kita sedang menuju negara maju berdasarkan Wawasan 2020  . Oleh itu untuk mencapai impian ini negara mestilah menyatupadukan semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti Rukun Negara , Dasar Pendidikan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan , Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara.Justeru itu semua kaum di Malaysia diwajibkan memahimi , menerima , menghormati dan mengamalkan nilai hidup dan identity yang sama bagi membentuk rakyat yang sama selaras dengan impian konsep  1Malaysia.

Integrasi dan perpaduan kaum memainkan peranan yang sangat besar dalam memajukan negara. Oleh yang demikian, kerajaan menjadikan sektor pendidikan sebagai medium memupuk perpaduan dan integrasi yang kuat dia antara kaum-kaum di Malaysia. Namun begitu, apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan dan integrasi itu sendiri? Perpaduan merupakan suatu yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Manakala integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri


PROSES INTEGRASI
  • SEGREGASI
  • AKOMODASI
  • AKULTURASI
  • ASIMILASI
  • AMALGAMAS

 1. SEGREGASI
Segregasi - merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara.žPemisahan berlaku dalam beberapa keadaan .Wujud samada didasari undang-undang (de jure), atau tidak (de facto). Contoh segregasi de jure ialah dasar apartheid yang pernah di amalkan di Afrika Selatan. 

2. AKOMODASI

Akomodasi - Ia merupakan proses mempertahankan nilai dan norma-norma etnik masing-masing. hidup harmoni dan menghormati Diperingkat pemerintahan pusat setiap etnik hantar wakil. žsaling bergantungan antara satu dengan yang lain.žContoh negara - Switzerland.


3.ASIMILASI

Asimilasi - juga dikenali sebagai asimilasi struktur. Proses kemasukan kedalam masyarakat     dominan melalui persahabatan dan perkaintan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal ( seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan. 
Satu proses percampuran kumpulan2 minoriti ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar
proses integrasi 1 hala
Kumpulan minoriti akan hilang pegangan asal, agama, budaya, bahasa
Pelajari, sertai dan amal cara hidup majoriti
Akhir proses: 1 kelompok yang sama & seragam
Satu proses yang sukar dicapai dalam masyarakat Malaysia – banyak jurang perbezaan
Tidak mudah kump. minoriti tinggalkan budaya, bahasa, agama dan pegangan mereka
Terpaksa amalkan cara hidup majoriti
Cth: masyarakat Cina di Indonesia

  • ASIMILASI STRUKTUR

Proses kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama kumpulan majoriti
Pendidikan, petempatan, ekonomi, politik dan sosial
Kumpulan minoriti tidak hilang ciri2 dan identiti asal cuma mengalami sedikit perubahan
DEB – kumpulan etnik disatukan dengan penyusunan semula masyarakat; wujud kerjasama dan hubungan erat dlm pelbagai bidang
Politik – kewujudan parti Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional memudahkan proses ini berlaku
Boleh berlaku secara sedar atau tidak kerana ia melibatkan dimensi sosialisasi dalam masyarakat
  • ASIMILASI BUDAYA / AKULTURASI

Satu proses di mana kumpulan minoriti mempelajari budaya kumpulan majoriti
budaya sahaja; tidak pada keseluruhan aspek
Pelajari cuma ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral dan akhlak, bahasa, undang-undang, adat resam dan lain2 kemahiran
Masih berpegang kpd ajaran agama asal; identiti asal tidak hilang
Kaum Cina dan India byk mengikuti dan mengamalkan budaya tempatan
berbaju kurung, guna dialek bahasa Melayu, makan dgn tangan, duduk bersila, pelajari tarian dll.
membezakan kaum Cina Malaysia dan India Malaysia dengan kaum Cina dari China dan kaum India dari India
mereka telah mengalami asimilasi budaya atau akulturasi
masih boleh dilabelkan sbg org Cina atau India kerana identiti asal belum terhakis


4. AMALGAMASI

Amalgamasi - proses percampuran ras atau budaya bagi membentuk budaya atau ras yang baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan antara etnik atau ras.
Proses percantuman menyeluruh dalam aspek kehidupan & merupakan dimensi yang tertinggi dalam integrasi
Kepelbagaian kumpulan etnik bercampur dan berpadu = satu budaya baru
Kepelbagaian etnik > amalgamasi > kelompok baru
Tercapai melalui perkahwinan campur secara besar-besaran
Etnik Melayu + Etnik Cina = budaya baru
Sukar dicapai di Malaysia





Peristiwa 13 Mei 1969

Keadaan tersebut menjadi bertambah buruk sehingga tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah menjadi penunjuk aras betapa teruknya hubungan dan perasaan yang dimiliki oleh masyarakat ketiga-tiga kaum terbesar itu. Tidak banyak perubahan yang berlaku sejak dari Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dengan keadaan pada beberapa dekad sebelumnya. Perasaan tidak berpuas hati masih lagi bersarang di benak hati ketiga-tiga kaum. Bangsa Melayu terus-menerus ketinggalan dari segi penguasaan dalam bidang ekonomi dan pendidikan disebabkan oleh koordinat tempat tinggal mereka nun jauh di hujung kampung. Orang Cina pula terus menerus maju kehadapan dalam bidang perusahaan. Justeru itu, kaum Melayu merasa ketinggalan dan tertindas dek kemiskinan di bumi mereka sendiri. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu. Namun sebilangan besar dari mereka masih mengamalkan dasar kesetiaan terhadapa negara asal masing-masing.
Penakhlukan Jepun di Tanah Melayu pada perang dunia kedua juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara ini. Pihak Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan bensi dan prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak mengambil kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan sebelum kedatangan kembali pihak British. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960.
Bukan itu sahaja, kedudukan dan hak istimwa orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu turut dipertikaikan dengan wujudnya konsep "Malaysia utuk orang Malaysia" yang turut membawa kepada penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965. Keadaan ini sebenarnya berakar umbi daripada tindakan Lee Kuan Yew yang menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu di kalangan penduduk Malaysia. Malahan tindakannya itu masih berterusan sehingga kini. Keadaan tersebut akhirnya membawa kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi sejarah hitam negara. Kejadaian berdarah itu telah banyak meragut banyak nyawa dan kerugian harta benda serta turut menjadi manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui

KEPENTINGAN INTEGRASI

  • Mewujudkan kestabilan politik 
  • Membangunkan ekonomi negara 
  • Mengelakkan semangat perkauman 
  • Mewujudkan negara yang aman

         FAKTOR YANG MENGHALANG INTEGRASI

  • Prasangka - (Prejudgement) Di negara kita biasanya prasangka berbentuk negetif (prasangka buruk) terhadap kumpulan atau kaum yang lain. 
  • Perkauman - sikap mementingkan kumpulan, kaum sendiri. Di Malaysia sikap perkauman (asobiyyah) sangat jelas samada dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan. 
  • Etnosentrisme - keperyaan bahawa unsur-unsur budaya sendiri adalah lebih agung (superior) daripada unsur budaya lain. Jika bertentangan atau berbeza daripada budaya sendiri, ia akan dianggap salah, tidak baik atau merbahaya.





Kesimpulan

Bukan mudah untuk mencapai apa yang negara ini kecapi sekarang ini. Justeru itu, setiap satu warga Malaysia perlu berasa syukur di atas kejayaan yang diperoleh ini. Salah satu medium atau alat penyatuan rakyat Malaysia adalah melalui pendidikan kebangsaan. Institusi sekolah diharap bukan lagi hanya sebagai tempat untuk belajar menulis, mengira dan membaca tetapi sekolah juga berperanan untuk membimbing pelajar untuk hidup bermasyarakat dan bernegara. Kaedah ini di anggap paling efektif kerana setiap orang pasti akan melangkah ke alam persekolahan dan keadaan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semangat cintakan negara berdasarkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sukatan kurikulum yang bersepadu dan sistem peperiksaan awam yang seragam. Semangat patriotik hendaklah disemai dalam diri setiap kumpulan ras supaya negara kita kukuh daripada dijajah oleh anasir luar melalui pemikiran mahupun secara langsung. Negara yang maju dari segi ekonomi dan sosial mestilah bertulangbelangkang rakyat yang bersatu. Di harap kestabilan politik di Malaysia dapat dikekalkan selamanya.

RUJUKAN

https://www.google.com/search?q=peristiwa+13+mei&biw=1366&bih=613&tbm=vid&source=lnms&sa=X&ved=0ahUKEwi6zqT6r7LPAhVEuI8KHY09DpcQ_AUICCgD&dpr=1

http://www.academia.edu/16025810/ilmu_pendidikan-integrasi_nasional

http://rusmiza-rusle.blogspot.my/2011/06/integrasi-dan-perpaduan-kaum.html

https://www.youtube.com/watch?v=kNdevTLb8iw